Negeri bebas COVID-19 di Australia enggan buka sempadan

PERTH, 10 SEPT – Boleh dilihat kebanyakan negeri pesisir barat Australia terhindar keseluruhannya daripada COVID-19.

Kehidupan malam tanpa pelitup muka berkembang pesat dan kehadiran sejumlah besar penonton pada satu acara sukan, termasuk 53,000 peminat ragbi bersesak di dalam sebuah stadium Perth menyaksikan All Blacks dari New Zealand menumpaskan Wallabies, Australia pada Ahad yang cerah baru-baru ini.

“Kami dalam syurga,” kata seorang peminat, Andrea Williams yang menyokong kawasan itu mengingkari kerajaan persekutuan dan mengekalkan sekatan sempadan ketat yang menyaksikan ia terpisah daripada pandemik yang sedang menular di sebahagian besar negeri lain di Australia.

Meskipun bandar-bandar Sydney dan Melbourne di barat berada dalam perintah berkurung ketat dengan peningkatan kes virus, ibu negeri barat Australia, Perth kebanyakannya terbuka untuk perniagaan – di sebalik penutupan sempadannya.

Namun nikmat kebebasan daripada virus di barat mungkin akan berakhir. Negeri-negeri yang bebas COVID-19, termasuk Australia Barat dan Queensland, berdepan tekanan meningkat untuk membuka sempadan mereka, dengan kerajaan persekutuan menekankan bahawa sekatan sempadan dalaman menjejaskan ekonomi kebangsaan.

Kumpulan industri mengadu penutupan sempadan membawa kepada kekurangan bekalan tenaga buruh dan bekalan, menghalang perdagangan, menjejaskan kos pembinaan dan mengekang peluang perniagaan. Penjejasan ini membawa kepada kekurangan keuntungan kepada syarikat-syarikat dan kurang pendapatan daripada cukai bagi kerajaan persekutuan.

Namun, disebabkan Australia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar vaksinasi rendah berbanding mana-mana negara kaya, pembukaan semula sempadan boleh jadi kes-kes COVID-19 akan meningkat di barat dan sekatan yang tidak akan diterima baik oleh penduduknya. – AP

Peminat menyaksikan kejohanan ragbi antara All Blacks dan Wallabies di Perth, Australia minggu lalu. Meskipun bandar-bandar Sydney dan Melbourne di timur dikenakan perintah berkurung ketat, ibu negeri Australia Barat, Perth masih dibuka bebas untuk perniagaan dengan sempadannya ditutup serta penduduknya menikmati kebebasan tanpa virus. – AP