Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nelayan diingatkan agar tidak guna bom ikan

    SEMPORNA, 7 Mei – Nelayan terutamanya suku kaum Bajau Laut di Zon Selamat Timur Sabah diingatkan agar tidak menggunakan kaedah mengebom ikan untuk mendapatkan hasil tangkapan laut dengan mudah.

    Timbalan Ketua Staf Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), ACP Victor Sanjos berkata peringatan itu susulan statistik direkodkan pihak penguat kuasa menunjukkan banyak nelayan ditangkap menggunakan kaedah itu di ESSZone.

    “Menangkap ikan guna bom ikan boleh memusnahkan ekosistem dan struktur batu karang laut, selain pendekatan itu boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri serta orang sekeliling,” katanya.

    Beliau berkata ketika ditemui dalam penutupan program kepolisan komuniti anjuran bersama PPM Semporna Wilayah 4 Sabah dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Bajau Laut (Pekebal) di sini. Majlis yang disempurnakan Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Mohd Nor Zaid Mohd Said itu dihadiri kira-kira 500 penduduk suku kaum Bajau. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda