Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Nelayan fail saman hentikan pelepasan air Fukushima

    TOKYO, 8 SEPT – Sekumpulan 150 orang di Jepun, termasuk pekerja per-ikanan di wilayah Fukushima, memfailkan saman hari ini untuk menghentikan pelepasan air sisa nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi yang musnah ke laut, lapor Xinhua.

    Dalam saman yang difailkan terhadap kerajaan Jepun dan pengendali loji, Tokyo Electric Power Company Holdings, plaintif mendakwa pelepasan ke laut melanggar hak mereka menangkap ikan dan mengancam hak pengguna untuk hidup dengan aman.

    Selain itu, mereka memohon pembatalan kelulusan pengawal selia nuklear terhadap kemudahan yang dipasang untuk pelepasan air dan larangan untuk dikenakan terhadap pelepasan itu.

    Plaintif tersebut juga termasuk individu yang terkesan akibat bencana nuklear 2011 di loji kuasa timur laut Jepun itu memfailkan saman dengan Mahkamah Daerah Fukushima, menjadikannya tuntutan undang-undang pertama seumpamanya.

    Walaupun mendapat tentangan dari dalam dan luar negara, Jepun mula melepaskan air sisa nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik pada 24 Ogos, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan nelayan tentang mata pencarian mereka. – Bernama

    Sekumpulan plaintif dan penyokong, menuntut pembatalan pelan pelepasan air terawat TEPCO, menuju ke Mahkamah Daerah Fukushima untuk memfailkan tuntutan mahkamah, di Fukushima, timur laut Jepun, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...