Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Nelayan FT tewaskan Liang Lumut Belait FT

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 OGOS – Nelayan FT berjaya menewaskan pasukan Liang Lumut Belait FT dalam perlawanan pertama Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 di padang bola sepak Kelab Rekreasi Brunei Shell.

    Peminat bola sepak dan rakyat serta penduduk dari Daerah Belait hadir ke padang bola sepak yang terletak di Panaga itu bagi sama-sama menonton dan menyokong pasukan pilihan mereka yang akan bertempur beberapa minggu akan datang.

    Hadir bagi menyaksikan dan merasmikan perlawanan pertama Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 ialah Presiden Pasukan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB), Pengiran Saiful Redzalli bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh, yang juga merupakan tetamu kehormat majlis.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti dengan perjumpaan tetamu kehormat dengan pemain-pemain liga. Pemain nombor 17, Muhammad Iqmal Halim, dari Nelayan FT berjaya menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-16 separuh masa pertama.

    Permainan bertambah sengit apabila pemain dari Liang Lumut Belait FT membalas jaringan gol pada minit ke-32 oleh pemain nombor 10, Haji Annuar. Sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup, gol kedua dijaringkan oleh pemain nombor 9 Nelayan FT, Awangku Nairul Eswandy.

    Acara perlawanan pertama Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 itu menyaksikan Nelayan FT menumpaskan Liang Lumut Belait FT dengan kiraan 2-1.

    Orang ramai dialu-alukan hadir menyaksikan perlawan Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 yang sedang berlangsung di padang bola sepak Kelab Rekreasi Brunei Shell. Lapan pasukan akan berentap sepanjang empat minggu liga tersebut berlangsung.

    Perlawanan Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 antara Nelayan FT menentang Liang Lumut Belait FT.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...