BANDAR GAZA, 14 Jan – Pihak berkuasa Palestin berkata seorang nelayan Gaza telah terbunuh sehari selepas pasukan tentera laut Mesir menembaknya di luar pantai.
Kementerian Dalam Negeri berkata semalam, Abdullah Zidan, 33, berada di perairan Palestin di bandar Rafah, yang merentangi sempadan Gaza dan Mesir, ketika botnya ditembak, dan menggesa Mesir untuk menyiasat serangan tembakan itu.
Kumpulan pejuang Hamas yang menguasai Gaza, menyelar serangan yang ‘tidak wajar’ itu.
Sebagai bantahan para nelayan di Gaza telah melancarkan mogok 24 jam. – AP