Saturday, August 13, 2022
23.5 C
Brunei

Nelayan Perancis halang kemasukan feri

-

CALAIS, PERANCIS, 26 NOV – Nelayan Perancis hari ini memulakan tindakan untuk mengganggu laluan menyeberang terusan sebagai tanda bantahan terhadap hak menangkap ikan pasca Brexit yang diberikan oleh Britain, menghalang feri yang cuba memasuki pelabuhan Calais.

Kira-kira enam buah bot dihalang daripada memasuki pelabuhan sebagai sebahagian daripada bantahan yang diadakan selama satu jam setengah, menurut wartawan AFP. Di daratan, para nelayan juga dijangka untuk mengganggu laluan pengangkutan barangan yang cuba memasuki terowong terusan.

Ketua wilayah persatuan nelayan CNPMEM, Olivier Lepretre berkata langkah tersebut bertujuan untuk ‘memberi tekanan kepada kerajaan Britain dan mengugut tindakan lain termasuk ke atas produk import dari United Kingdom (UK).

Tindakan serupa turut dilakukan di pelabuhan Saint-Malo di bahagian barat, namun ia tidak menjejaskan feri dan laluan pada sebelah pagi dibatalkan akibat cuaca buruk.

Jurucakap bagi Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata semalam dia “kecewa dengan ugutan bantahan” menambah ia adalah “urusan untuk Perancis bagi memastikan tiada tindakan menyalahi undang-undang dan perdagangan tidak terjejas.”

Britain bergelut dengan masalah bekalan utama disebabkan gangguan perdagangan pasca Brexit dan kekurangan pemandu trak yang berkelayakan, menyebabkan kekurangan bekalan minyak yang mungkin menjejaskan Krismas.

UK sangat bergantung kepada pelabuhan Perancis, terutama bagi mendapatkan import makanan segar dan sebarang sekatan tambahan akan mampu menyebabkan peningkatan kos yang signifikan kepada mereka.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui oleh Britain dan Kesatuan Eropah tahun lalu, kapal-kapal nelayan Eropah boleh berada di perairan UK sekiranya ia mohon lesen baharu dan membuktikan mereka beroperasi di sana sebelum ini.

Namun Paris berkata puluhan bot Perancis yang membuat permohonan kepada perikanan UK telah ditolak, akan tetapi ia dinafikan oleh London. – AFP

Bot nelayan Perancis menghalang laluan masuk ke pelabuhan Saint-Malo, kelmarin. Nelayan Perancis menghalang laluan sebagai bantahan terhadap hak menangkap ikan pasca Brexit yang diberikan oleh Britain.- AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -