Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Nenek 90 tahun diculik, samun ketika menyapu depan rumah

    YOGYAKARTA, 17 OKT – Seorang wanita warga emas ‘trauma’ selepas diculik dan disamun ketika dia menyapu sampah di luar rumahnya di Bantul, Yogyakarta, kelmarin.

    Menurut laporan dipetik dari portal Kompas.com, warga emas berusia 90 tahun itu sedang membersihkan halaman rumahnya di Piyungan apabila empat orang lelaki dari sebuah kereta menghampirinya.

    Seorang daripadanya menarik nenek tua itu dan memaksanya masuk ke dalam kereta mereka dan menyamunnya, kata Ketua Polis Piyungan, Kompol Soegihartono.

    “Ketika di dalam kenderaan itu, mulut nenek berkenaan ditutup dan gelang emas seberat lebih 14 gram di tangan kirinya dirampas. Perompak itu juga mengambil wang 200,000 rupiah dari poket mangsa,” jelasnya.

    Selepas dirompak, warga emas itu dibawa ke kawasan perindustrian dan diturunkan di situ.

    Soegihartono berkata, mangsa kemudian diselamatkan oleh seorang kenalannya yang kebetulan berada di kawasan itu. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...