Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Nenek 95 tahun cedera ditembak senjata taser

    SYDNEY, 19 MEI – Polis Australia menggunakan senjata taser ke atas seorang nenek berusia 95 tahun dengan demensia di dalam rumah jagaannya, kata media tempatan kelmarin, sebelum menghantarnya ke hospital dengan kecederaan yang tidak dinyatakan.

    Wanita itu, yang dikenal pasti oleh media sebagai Clare Nowland, dilaporkan membawa pisau ketika kakitangan di rumah Yallambee Lodge di selatan New South Wales menghubungi polis, dua hari lalu.

    Dia “mengalami kecederaan semasa interaksi dengan polis di kemudahan penjagaan warga emas”, kata polis negeri New South Wales dalam satu kenyataan, yang tidak menyebut senjata Taser digunakan.

    Wanita berusia 95 tahun itu sedang dipantau di Hospital Daerah Cooma, kata polis.

    “Pasukan insiden kritikal kini akan menyiasat keadaan yang menyelubungi kejadian itu,” tambah kenyataan.

    “Siasatan itu akan tertakluk kepada semakan bebas.”

    Akhbar Daily Telegraph Sydney berkata Nowland, ibu kepada lapan anak, ditemui berjalan menggunakan tongkat sambil memegang pisau apabila polis dipanggil ke rumah, di mana mereka menggunakan senjata taser ke atasnya.

    Majlis Serantau Snowy Monaro berkata ia “boleh mengesahkan insiden berlaku” di rumah jagaan itu, yang dikendalikannya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -