Nenek didakwa pukul cucu guna rotan bulu ayam

MELAKA, 14 OGOS – Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas.

Suri rumah berusia 52 tahun itu didakwa mencederakan bahagian kaki cucu lelakinya itu dengan sebatang rotan bulu ayam di sebuah rumah di Taman Cheng Mutiara, Cheng di sini, pada 10 malam, awal November 2019. – Bernama