Nenek peraga pakaian tertinggal di dobi jadi bintang instagram

TAICHUNG, TAIWAN – Pasangan paling bergaya Taiwan hari ini bukan selebriti muda atau remaja, mereka adalah dua orang warga emas yang menjalankan perkhidmatan dobi ‘Mom and Pop’ dan telah menjadi sensasi dalam laman media sosial dengan menjadi model menggunakan pakaian yang ditinggalkan dobi.

Chang Wan-ji, 83, dan isterinya Hsu Sho-er, 84, telah mengumpulkan hampir 600,000 pengikut di Instagram selama sebulan terakhir ketika potret fesyen mereka yang penuh dengan gaya menjadi tular.

Mereka bahkan pernah dipaparkan ke dalam majalah edisi Taiwan Vogue dan Marie Claire.

Pasangan ini telah menjalankan perkhidmatan dobi selama beberapa dekad di sebuah bandar kecil berhampiran pusat bandar Taichung.

Namun selama bertahun-tahun pelanggan sering lupa atau tidak mengambil balik pakaian mereka dan pasangan itu merasa tidak mahu membuangnya.

Reef Chang mengambil gambar neneknya Chang Wan-ji dan Hsu Sho-er memakai pakaian yang tertinggal di kedai dobi mereka di Taichung. Pasangan paling bergaya di Taiwan hari ini bukan selebriti muda atau remaja tetapi mereka dua orang warga emas yang menjalankan perkhidmatan dobi Mom and Pop dan telah menjadi sensasi dalam media sosial. – AFP
Reef Chang dan nenek Chang Wan-ji dan Hsu Sho-er melihat akaun Instagram mereka di komputer riba di kedai dobi mereka di Taichung. Pasangan paling bergaya di Taiwan hari ini Chang Wan-ji, 83, dan isterinya Hsu Sho-er, 84, telah mengumpulkan hampir 600,000 pengikut di Instagram selama sebulan. – AFP

Cucu Reef Chang, 31, terfikir mengenai satu idea untuk menggunakan pakaian tersebut bagi mengurangkan kebosanan pasangan itu.

“Kedua-dua nenek saya selalu melihat suasana kosong kerana perniagaannya tidak berjalan begitu baik,” katanya kepada AFP.

“Saya ingin mencari sesuatu yang baharu yang mereka dapat seronok lakukannya.” Sangat menakjubkan apabila pasangan itu nampak serasi di hadapan kamera.

“Menjadi model dengan pakaian ini membuat saya merasa 30 tahun lebih muda,” kata Chang, ketika AFP mengunjungi kedai mereka awal minggu ini.

“Banyak orang memberitahu saya ‘Anda terkenal sekarang dan anda kelihatan lebih muda’.”
Hsu juga merasa begitu. “Saya sudah tua tetapi usia saya tidak menua,” katanya.

“Saya suka memakai pakaian cantik dan keluar untuk bersenang-senang.”
Ketika menjadi model dengan pakaian orang lain, Hsu teringat bahawa dia juga memiliki banyak pakaian terlupa di almari yang dia temukan sejak itu.

“Saya bahkan menemui beberapa pakaian yang saya beli 30 tahun yang lalu dan saya masih boleh memakainya. Ini kejutan yang menggembirakan,” katanya. Akaun Instagram pasangan itu @wantshowasyoung diuruskan oleh cucunya Reef.

Chang ketika ini hanya menggunakan aplikasi Line untuk membuat panggilan telefon percuma tetapi Reef mengatakan datuknya berminat untuk belajar bagaimana membuat perkongsian gambar di Instagram yang sempurna.

Akaun ini mula menjadi tular di luar negara dan sekitar 400,000 peminat baharu mula mengikuti mereka minggu lalu setelah media antarabangsa mengambil peluang untuk bertemu dengan mereka.

Reef mengatakan bahawa dia menterjemahkan dan membaca surat kiriman peminat dari seluruh dunia.

“Kami sangat terharu dengan pesanan-pesanan itu,” katanya kepada AFP, “Banyak orang mengatakan bahawa ‘Wantshowasyoung’ adalah berita gembira pertama yang mereka lihat pada tahun kegelapan ini yang dicemari oleh pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia,” tambahnya.

Selepas pasangan itu menjadi terkenal di seluruh dunia juga mendorong beberapa pelanggan pelupa untuk mengambil pakaian lama mereka, sementara beberapa peminat tempatan telah mula mengunjungi bandar mereka yang sepi untuk melihat kedai tersebut.

Kedai ini diberi nama ‘Wan Sho’ gabungan antara nama tengah Cina mereka Pasangan ini mengikat ikatan perkahwinan yang diatur enam dekad yang lalu, suatu kebiasaan yang biasa berlaku di Taiwan.

Chang mengatakan bahawa dia telah memikirkan untuk bersara tetapi memutuskan untuk tetap bertahan selagi dia boleh kerana perniagaan dobi menjadi kurang padat dan tiada tenaga pekerja diperlukan hanya mesin.

“Orang tua harus terus bergerak dan tetap aktif atau kita akan bertambah tua. Ketika saya bekerja dan sibuk, saya tidak mempunyai masa untuk merasa risau,” katanya.

Chang mengatakan bahawa dia tidak lagi terkira berapa banyak pakaian yang tidak terkutip di kedainya selama beberapa dekad tetapi dia berpendapat terdapat sekurang-kurangnya 400 pakaian pada masa ini.

Banyak lagi yang telah disumbangkan kepada badan amal dan keluarga miskin selama ini.

Pasangan itu berharap dapat menggunakan pengaruh media sosial baharu mereka untuk mempromosikan konsep fesyen persekitaran.

“Daripada mengikuti fesyen terkini dan terus membeli pakaian baharu, kami berharap orang ramai dapat menggayakan pakaian lama dan terpakai dengan menggabungkannya dengan cara baharu,” kata Reef Chang. – AFP