Nenek positif COVID-19, kritikal – Daler

Pelakon kacak kacukan Melayu dan Uzbekistan, Daler Yusof memaklumkan neneknya, Muhammadiyeva Shodi yang menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan akibat dijangkiti COVID-19 kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Daler atau nama sebenar Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, doktor memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru wanita berusia 76 tahun itu.

“Assalamualaikum semua, nenek Daler positif COVID-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan.

“Dia sekarang ini dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru nenek dalam keadaan teruk,” katanya menerusi Instagram kelmarin.

Pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini turut berkongsi foto bersama wanita itu.

Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur, Daler mengakui bimbang memikirkan keadaan kesihatan neneknya itu. – Agensi