Nenek ‘sado’ jadi perhatian

ONTARIO, 20 NOV – Seorang nenek ‘sado’ di Kanada mencuri tumpuan peminat sukan angkat berat di seluruh dunia dengan bisep 17 inci miliknya.

Robin Hillis, 48, dari Ontario mendapat tubuh seperti itu tanpa mengira pengambilan kalori dan turut mengambil makanan lima kali sehari berubah 360 darjah daripada seorang wanita pemalu kepada atlet yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

Nenek kepada tiga cucu itu turut menerima pelbagai reaksi positif berhubung fizikalnya yang mengagumkan.

“Mempunyai anak tidak menghalang golongan wanita untuk mendapat badan ‘sado’ seperti ini,” katanya yang juga bergelar jurulatih peribadi.

Menurutnya, dia mula jatuh cinta dengan sukan bina badan selepas mula menyertai gim untuk mengekalkan kecergasan tubuhnya. – Agensi