Nenek TikTok berkempen untuk Biden

NEW YORK, 28 JUN – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang menghuru-harakan kempen pemilihan presiden Donald Trump, kini menyokong pertubuhan yang berkempen untuk pencabar presiden, Joe Biden.

Mary Jo Laupp digelar ‘Nenek TikTok’ sejak rayuannya di media sosial supaya menentang Trump menempah semua tiket menghadiri kempen Presiden AS itu di Tulsa, Oklahoma minggu lalu.

Akibatnya, tidak ramai hadir mendengar ucapan Trump, malah kurang 35 peratus memenuhi dewan walaupun pasukan kempen pemilihan semula presiden memaklumkan lebih awal bahawa mereka mendapat permintaan lebih satu juta tiket.

Gesaan Laupp di pentas perkongsian video pendek TikTok sudah ditonton lebih dua juta kali dan sokongan digandakan oleh peminat dalam talian muzik pop Korea Selatan atau K-POP itu di AS.

Pengarah Gabungan Digital Biden, Caitlin Gilbert, berkata wanita berusia 51 tahun itu, seorang ibu kepada empat anak dan nenek kepada enam cucu, sudah bergabung dengan kumpulannya bagi membantu kempen dalam talian. – AFP