Nepal akhiri sekatan 120 hari

KATHMANDU, NEPAL, 22 JULAI – Kerajaan Nepal mengakhiri sekatan pergerakan selepas mengenakannya selaman 120 hari untuk mengawal penyebaran koronavirus.

Menteri Penerangan Yuba Raj Khatiwada mengatakan jumlah kes itu menurun di Nepal.

Pejabat kerajaan dan swasta akan berfungsi sepenuhnya mulai hari ini dan semua kenderaan persendirian dan awam adalah dibenarkan untuk digunakan. Semua pasar, pusat membeli-belah dan kedai juga dibenarkan untuk dibuka. Walau bagaimanapun, lapangan terbang dan penerbangan komersial akan beroperasi semula hanya pada 1 Ogos.

Khatiwada berkata sekolah dan kolej akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Larangan akan berterusan pada perhimpunan awam yang besar, majlis keagamaan, pesta, gimnasium, zoo dan taman. – AP