KATHMANDU, 28 Jun – Syarikat Penerbangan Nepal (NAC), syarikat penerbangan kebangsaan negara tersebut, telah membeli pesawat berbadan lebar buat pertama kalinya.
Pesawat airbus A330-200 yang telah dinamakan Annapurna itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu awal pagi hari ini selepas diterbangkan dari Perancis.
“Airbus 330 telah tiba hari ini di TIA. Ini merupakan saat yang menggembirakan bagi kita semua. Pesawat berbadan lebar yang kedua akan tiba dalam masa sebulan,” kata Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Sivil Nepal, Rabindra Adhikari dalam satu kenyataan melalui media sosial setelah pendaratan pesawat baharu itu.
Tahun lepas, NAC menandatangani perjanjian pembelian dengan Syarikat AAR yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk pembekalan dua pesawat airbus A320-200 bernilai AS$209.6 juta.
Pesawat itu membahagikan dua kelas penerbangan, serta mempunyai kapasiti kerusi untuk 274 penumpang termasuk 18 dalam kelas perniagaan dan 256 dalam kelas ekonomi. – Xinhua