Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nepal, China sepakat wujud komuniti sanitasi

    KATHMANDU, 3 MEI – Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal atau Prachanda menyatakan harapan untuk mahu bersama-sama China membina Komuniti Sanitasi dan Kesihatan Sesama Insan dengan China.

    Beliau kata demikian dalam Majlis Penyerahan Projek Penaiktarafan dan Pengubahsuaian Hospital Perkhidmatan Awam Nepal dengan bantuan China di Kathmandu, Nepal pada Jumaat lalu.

    Prachanda turut menzahirkan penghargaan atas bantuan China kepada Nepal dalam bidang perubatan, ekonomi dan perdagangan serta kebudayaan.

    Menteri Hal Ehwal Per-sekutuan dan Pentadbiran Am Nepal, Aman Lal Modi, turut senada dan berharap untuk dapat meneruskan kerjasama dengan China pada masa depan.

    Duta China ke Nepal, Chen Song, pula menyifatkan China dan Nepal sebagai negara jiran yang mempunyai sejarah persahabatan lama dan bekerjasama rapat dalam bidang kesihatan awam.

    Hospital perkhidmatan awam Nepal yang dibina dengan bantuan China telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai pada September 2008.

    Genap 10 tahun, projek penaiktarafan hospital itu pula dilancarkan secara rasmi. – Bernama

    Pushpa Kamal Dahal (kiri) bersama Chen Song semasa Majlis Penyerahan Projek Penaiktarafan dan Pengubahsuaian Hospital Perkhidmatan Awam Nepal di Kathmandu, Nepal. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...