Nepal diberi lesen untuk menguji 5G

KATHMANDU, 25 NOV – Nepal telah melangkah ke hadapan bagi mencapai era 5G ketika operator telekom terkemuka negara itu telah diberikan lesen untuk menjalankan percubaan rangkaian 5G.

Santosh Paudel, jurucakap bagi Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal (NTA), memberitahu Xinhua hari ini bahawa pengawal selia membenarkan Nepal Telecom untuk menjalankan percubaan 5G awal minggu ini.

“Syarikat itu telah diberikan lesen untuk menjalankan percubaan ke atas jalur 2,600MHz dengan frekuensi lebar jalur 60MHZ dalam tempoh setahun,” katanya, ia adalah pertama kali bagi operator telekom telah dibenarkan untuk melakukan percubaan 5G di negara Asia Selatan itu.

Ncell, sebuah syarikat telekom swasta, juga mendapatkan kebenaran untuk melancarkan percubaan 5G, umum NTA.

Selain dibenarkan untuk membawa peralatan rangkaian 5G dari vendor-vendor untuk percubaan itu, Nepal Telecom berkata ia belum lagi memutuskan bila untuk memulakan percubaan itu. – Xinhua