Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nepal dikritik gagal perangi jenayah

    KATHMANDU, 14 Feb – Kumpulan-kumpulan hak asasi telah mengkritik Nepal kerana gagal mendakwa pencabul-pencabul hak asasi ketika peperangan, dengan mengatakan kerajaan lebih berminat melindungi penjahat-penjahat daripada memastikan keadilan.

    Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan, Amnesty International dan Suruhanjaya Pakar Undang-undang Antarabangsa berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kerajaan telah senghaja melumpuhkan dua suruhanjaya yang ditugaskan menyiasat jenayah yang dilakukan ketika perang saudara kejam 10 tahun di negara itu dengan gagal untuk memperuntukkan dana mencukupi dan juga tenaga manusia.

    Nepal telah menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian dan Suruhanjaya Penyiasatan ke atas Orang yang hilang secara paksa dalam tahun 2015 – sembilan tahun selepas berakhirnya konflik itu – untuk menyiasat pencabulan-pencabulan oleh kedua belah pihak dalam konflik itu antara pemberontak Maois dan kerajaan.

    Namun kedua-dua suruhanjaya itu dikritik sebagai lemah dan hanya terdapat dua pendakwaan, satu bagi pembunuhan kejam ke atas seorang remaja perempuan oleh tentera-tentera dan satu lagi bagi pembunuhan seorang wartawan oleh pemberontak Maois. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda