Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nepal haramkan TikTok

    KATHMANDU, 13 NOV – Nepal hari ini berkata ia akan mengharamkan Tiktok, memetik kesan negatif aplikasi itu terhadap keharmonian sosial negara.

    Platform perkongsian video yang terkenal itu, kini mempunyai kira-kira satu bilion pengguna bulanan, berdepan sekatan di beberapa buah negara kerana didakwa melanggar peraturan data dan potensi kesannya yang berbahaya kepada belia.

    “Keputusan untuk mengharamkan (TikTok) dibuat hari ini, dan pihak berkuasa yang relevan ketika ini menangani masalah-masalah teknikal,” kata Menteri bagi Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Rekha Sharma.

    Sharma berkata keputusan itu dibuat kerana TikTok sering digunakan untuk mengongsikan kandungan yang ‘mengganggu keharmonian sosial dan merosakkan hubungan keluarga dan sosial.”

    Beliau tidak menyatakan secara khusus punca pengharaman itu.

    Beberapa jam selepas keputusan itu diumumkan, video-video mengenai pengharaman itu mempunyai ribuan tontonan di TikTok.

    Gagan Thapa, pemimpin Parti Kongres Nepal yang juga sebahagian daripada parti gabungan pemerintah, berkata tujuan kerajaan itu dilihat sebagai ‘mengekang kebebasan bersuara’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda