Nepal pecah rekod pelancongan

KATHMANDU, 10 Jan – Ketibaan pelancong di Nepal mencapai satu juta orang buat pertama kali pada tahun 2018, dirangsang oleh meningkatnya pelancong dari India, China, Amerika Syarikat (AS), Sri Lanka dan United Kingdom (UK).

Negara Himalaya itu menyaksikan jumlah pelancong melonjak hampir 25 peratus ketika ia mengalu-alukan rekod tertinggi 1,173,072 pelawat pada tahun 2018, menurut pihak berkuasa pelancongan negara itu. Menteri Pelancongan Nepal, Rabindra Adhikari, mengatakan jumlah keseluruhan itu ‘luar biasa’.

Tahun lepas juga menyaksikan satu rekod 807 pendaki yang sampai ke puncak Gunung Everest, termasuk 563 puncak dari Nepal.

Pelancongan merupakan pendapatan utama Nepal, tempat di mana 14 puncak tertinggi dunia yang melebihi 8,000 meter.

Sebelum ini timbulnya kebimbangan mengenai kebangkitan industri itu selepas gempa bumi 2015 yang mengorbankan hampir 9,000 orang dan memusnahkan sebahagian besar tapak warisan negara itu.

Pendapatan tahunan industri itu jatuh hampir satu pertiga pada tahun tersebut, menjejaskan teruk ekonomi, namun sektor tersebut mula pulih dengan perlahan. – AFP