Nepal sahkan kematian pertama COVID-19

KATHMANDU, 17 MEI – Nepal semalam melaporkan kematian pertama akibat COVID-19 membabitkan seorang wanita berusia 29 tahun dan baru bersalin pada 6 Mei lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Kementerian Kesihatan dan Penduduk dalam satu kenyataan berkata wanita dari Sindhupalchwok, sebuah daerah di wilayah tengah Nepal, meninggal dunia pada 14 Mei ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Siasatan dan hasil ujian mengesahkan ia kematian pertama akibat COVID-19 di negara ini,” kata kementerian itu.

Wanita itu, diizin keluar hospital pada 7 Mei selepas bersalin dan kemudian mengalami demam dan masalah pernafasan sebelum dihantar ke sebuah hospital tempatan. – Bernama