Nepal tahan 45 warga China

KATHMANDU, 8 MEI – Polis Nepal hari ini telah menangkap 45 warga China yang terkandas di negara itu kerana penyekatan koronavirus selepas bantahan bertukar ganas, kata pihak berkuasa.

Memegang sepanduk seperti ‘Saya mahu pulang!’ mereka cuba untuk mara ke zon larangan dekat pejabat perdana menteri di Kathmandu.

Beberapa polis serta penunjuk perasaan cedera selepas polis menggunakan belantan untuk menghentikan mereka dan para pembantah melontar batu. – AFP

Polis Nepal menahan warga China yang terjejas ketika mereka membantah menuntut permintaan untuk pulang ke rumah mereka, di Kathmandu pada 8 Mei. – AFP