BAITULMAQDIS, 7 APRIL – Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelmarin mengadakan perhimpunan dan mendesak penggantinya Naftali Bennett meletak jawatan, lapor Agensi Anadolu.
Beribu-ribu penyokong Netanyahu berkumpul di luar bangunan perdana menteri di Baitulmaqdis Barat, mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan.
Kerajaan Israel kelmarin hilang sokongan majoriti selepas ahli Parlimen Idit Silman bertindak menarik diri daripada pakatan.
Dengan pengunduran Silman, parti pemerintah mempunyai bilangan kerusi sama banyak dengan pihak pembangkang yang diketuai Netanyahu dengan bilangan 60 kerusi di kedua-dua kem.
Kerajaan campuran Israel ketika ini hasil gabungan beberapa parti sayap kanan, tengah dan kiri dengan 61 menyokong kerajaan berbanding 120 Ahli Parlimen. – Bernama