Netanyahu, Gantz setuju bentuk kerajaan perpaduan

BAITULMAQDIS, 21 APRIL – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mencapai perjanjian bersejarah dengan speaker parlimen pembangkang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, justeru menamatkan krisis politik paling teruk dalam negara itu.

Perjanjian tiga tahun itu membenarkan Netanyahu, 70, kekal memegang jawatannya selama 18 bulan, di mana beliau dijangka dibicarakan atas dakwaan rasuah yang telah dinafinya.

Gantz, 60, akan mengambil alih sebagai perdana menteri untuk 18 bulan seterusnya apabila Netanyahu meletak jawatan selepas 12 tahun menjawat jawatan itu, jawatan paling lama dalam sejarah Israel.

Netanyahu, ketua parti Likud  dan Gantz, ketua parti Biru Putih sebelum ini gagal mencapai kata sepakat menyebabkan pilihan raya terpaksa diadakan sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun. Perjanjian itu ditandatangani setelah mencapai persefahaman berhubung pembentukan jawatankuasa parlimen dan pelantikan hakim.

“Saya berjanji Negara Israel, kerajaan darurat sekarang akan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Israel,” kata Netanyahu selepas perjanjian diumumkan.

Gantz pula menekankan bahawa perjanjian telah mengelak ‘pilihan raya keempat.’

Akhbar harian Israel Yedioth Ahronoth melaporkan perjanjian itu ditandatangani bagi membentuk kerajaan perpaduan ‘darurat’, menyaksikan kedua-dua pemimpin bergilir mengetuai Kabinet, dengan Netanyahu memimpin dalam 18 bulan pertama. – AFP