BAITULMAQDIS, 2 NOV – Ahli politik veteran Israel Benjamin Netanyahu dilihat hampir kembali berkuasa hari ini, dengan keputusan pilihan raya awal menunjukkan pakatannya dengan ekstrem kanan mendahului dengan sengit.
“Netanyahu mahukan kemenangan; Lapid berharap untuk seri, Ben-Gvir meraikannya,” menurut tajuk muka depan akhbar Yediot Aharonot, ketika pesaing perdana menteri Israel yang paling lama berkhidmat itu menahan nafas.
Kira-kira 71 peratus undian dikira pada 0630GMT, menurut Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat, Netanyahu mungkin bakal meraih kepulangan semula.
“Kami hampir mencapai kemenangan besar,” katanya kepada penyokong parti Likud sayap kanannya pada perhimpunan awal hari ini.
Tetapi saingan utamanya, Perdana Menteri sementara Yair Lapid, memberitahu penyokongnya sendiri di Tel Aviv bahawa “tiada apa-apa telah yang diputuskan”, dan partinya yang berhaluan tengah, Yesh Atid “akan menunggu dengan sabar untuk keputusan akhir”.
Kedua-dua pesaing itu bersaing untuk mendapatkan gabungan majoriti di parlimen Israel, dengan selepas pengundian meletakkan blok Netanyahu di hadapan selepas pilihan raya kelima negara itu dalam tempoh empat tahun. – AP
