Netanyahu mahu luaskan wilayah, penempatan Yahudi

BAITULMAQDIS, 8 DIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini menyuarakan rancangan untuk meluaskan sebahagian besar Tebing Barat dan penempatan Yahudi dalam usaha terakhir mengelakkan satu lagi pilihan raya.

“Tiba masanya memohon kedaulatan Israel terhadap Lembah Jordan dan meluluskan penempatan Judea dan Samaria, mereka dalam ada dalam blok penempatan atau di luar.
Ia akan menjadi sebahagian Negara Israel,” katanya.

September lalu, seminggu sebelum pilihan raya umum, Netanyahu mengumumkan hasrat meluaskan Lembah Jordan, yang merangkumi satu pertiga daripada Tebing Barat, jika menang.

Kenyataannya hari ini, pada persidangan anjuran akhbar Makor Rishon, dibuat bersama-sama rayuan kepada pencabarnya, Benny Gantz, untuk membentuk kerajaan perpaduan dan menjimatkan masa dan wang pada pilihan raya.

“Saya menawarkan Benny Gantz menyertai kerajaan perpaduan dan hari ini, saya memberitahu beliau supaya menyertai kerajaan perpaduan bersama saya,” kata Netanyahu, tambahnya lagi masih belum terlewat. – AFP