Netanyahu mohon perbicaraan ditangguhkan

BAITULMAQDIS, 9 MAC – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini merayu agar perbicaraan isu rasuah beliau ditangguhkan selama 45 hari, perbicaraan tersebut sepatutnya diadakan pada 17 Mac ini, kata pendakwa tanpa memberikan semua maklumat relevan mengenai kes tersebut.

Perbicaraan Netanyahu dijadualkan bermula selama dua minggu selepas pilihan raya yang menunjukkan parti haluan kanan Netanyahu, Likud, meraih undian terbanyak tetapi kekurangan tiga buah kerusi dari 61 pencalonan untuk membentuk majoriti di dalam parlimen, atau Knesset.

Keputusan pilihan raya tersebut menimbulkan prospek bahawa Netanyahu, perdana menteri Israel pertama yang akan didakwa di pejabat, akan berusaha untuk membentuk sebuah kerajaan sementara menunggu sidang perbicaraan.

Sepucuk surat yang dihantar oleh peguam Netanyahu kepada mahkamah daerah Jerusalam, dilihat oleh AFP, menyatakan bahawa pasukan perundingan utama ‘tidak menerima sebarang dokumen berhubung dengan siasatan’.

Natanyahu didakwa dalam pelbagai pertuduhan termasuk menerima hadiah yang tidak sewajarnya dan menawarkan perubahan peraturan yang menguntungkan media dalam liputan positif. Beliau menepis segala tuduhan. Secara berasingan, penggubal undang-undang anti-Netanyahu mungkin berusaha meluluskan rang undang-undang yang menghalang individu yang didakwa daripada membentuk kerajaan baru.- AFP