Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Sempena ulang tahun ke-27 penubuhannya, Netcom Computer House meraikannya dengan beberapa tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka kepada pelanggannya.
Menurut kenyataan daripada Netcom, tawaran termasuklah daripada jenama seperti Dell, Razer, Kingston, MSI, Asus dan banyak lagi.
Peralatan Razer terdiri daripada Razer Leviathan V2 X Sound Bar terbaharu dengan harga berpatutan dan Sistem Wifi Home Mesh TP-Link Deco M5 (tiga pek) serta beberapa lagi barangan yang ditawarkan dengan harga berpatutan.
Netcom juga menawarkan promosi hadiah pilih sendiri bagi komputer riba Dell di mana pelanggan boleh memilih produk lain bernilai $300 setiap kali membeli komputer riba Dell bagi model-model terpilih.
Di samping itu, Netcom turut memberikan peluang kepada pelanggan untuk menyertai Spin and Win bagi pembelian $100 ke atas.
Bagi menjadikan sambutan tersebut lebih menarik, pelanggan juga boleh menyertai permainan Mencari Harta
Karun dan berpeluang memenangi kerusi Permainan Andaseat, Papan Kekunci Keychron dan banyak lagi hadiah lain.
Bagi pemegang kad BIBD pula, mereka layak mendapat diskaun tambahan yang mana hanya sah sehingga akhir Disember tertakluk kepada terma dan syarat.