Netflix catat perkembangan positif

SAN FRANCISCO, 20 JAN – Netflix kelmarin mendahului jangkaan pertumbuhan pelanggan pada suku terakhir, menjadi pesaing utama dalam penstriman untuk penonton yang kini berada di rumah semasa penularan koronavirus.

Peneraju penstriman televisyen itu menambah sekitar 8.5 juta pelanggan berbayar pada suku ini kepada 203 juta, melebihi 200 juta walaupun terdapat kenaikan harga baru-baru ini.

“COVID-19 telah mempercepat peralihan besar dari linear ke hiburan penstriman,” kata ketua pegawai kewangan Netflix Spencer Neumann. Aliran tunai syarikat begitu kuat sehingga tidak akan lagi meminjam wang untuk membayar operasi, dan sedang mempertimbangkan untuk mulai membeli kembali saham, menurut surat kepada para pelabur.

Saham Netflix melonjak lebih 12 peratus dalam pasaran perdagangan selepas pengumuman itu. Keuntungan merosot kepada AS$542 juta pada suku keempat, berbanding AS$587 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2019. Tetapi pendapatan keseluruhan pada suku tersebut melonjak 21.5 peratus menjadi AS$6.6 bilion.

Untuk setahun penuh, Netflix menambah rekod keahlian berbayar seba-nyak 37 juta, menurut laporan pendapatan. – AFP

Gambar fail 13 Ogos 2020 menunjukkan logo Netflix pada alat kawalan jauh di Portland, Ore. – AP