Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Netflix gantung operasi di Rusia

    MOSCOW, 30 MEI – Pelanggan Rusia telah kehilangan akses kepada syarikat penstriman gergasi Netflix dalam penarikan terbaharu sebuah syarikat Barat disebabkan konflik di Ukraine.

    Laman dan aplikasi Netflix tidak boleh diakses lagi mulai Jumaat dan jurucakap Netflix mengesahkan pelanggan tidak boleh lagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

    “Ia merupakan penarikan diri daripada pasaran Rusia sebagaimana yang diumumkan pada Mac,” beritahu jurucakap Netflix kepada AFP hari ini.

    Platform berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu mengumumkan pada awal Mac bahawa ia akan menarik diri dari pasaran Rusia selepas Moscow menghantar ribuan tentera ke Ukraine.

    Menurut jurucakap, syarikat telah menunggu sehingga akhir tempoh pembayaran bil sebelum memutuskan akses kepada pelanggan.

    Netflix ialah platform penstriman terkemuka di dunia, dengan 221.8 juta pelanggan pada akhir 2021, tetapi adalah pelabur kecil di Rusia.

    Syarikat berkata dalam sepucuk surat yang dihantar kepada pemegang saham pada April bahawa ia telah kehilangan 700,000 pelanggan berbayar akibat penarikannya dari Rusia, menyalahkannya atas pengurangan dalam jumlah pelanggan dalam satu dekad.

    Netflix adalah antara beberapa syarikat asing yang telah mengumumkan penggantungan operasi atau penarikan diri dari Rusia sejak Rusia melancarkan kempen ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari. – AFP

    Gambar diambil kelmarin menunjukkan laman web Netflix di skrin tablet di Moscow. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...