Netizen puji penampilan baharu Jihan Muse

PELAWAK dan pengacara terkenal Jihan Muse berharap penampilan baharunya yang tampil berhijab tidak menjejaskan kerjayanya dalam bidang seni.

Jihan turut berterima kasih atas doa dan sokongan orang ramai terhadap perubahan tersebut.

“Doakan saya masih diterima untuk bekerja dalam bidang ini lagi sebab saya memang suka kerja saya,” ujarnya membalas komen salah seorang netizen.

Dalam pada itu terdapat juga netizen yang berharap agar pelawak berkenaan kekal mengacarakan rancangan Gegar Vaganza dan Meletop.

“Amin, Insya-Allah mudah-mudahan masinlah mulut awak,” balasnya.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, pada Jumaat lalu memuat naik foto penampilan terbaharunya yang kini bertudung dan perubahannya itu mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya memberi komen positif dan memuji menampilan wanita tersebut yang semakin cantik selepas berhijab.

Mereka berharap Jihan terus istiqamah dan berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya iaitu pelakon Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq. – Agensi

Jihan Muse memuat naik foto penampilan terbaharunya yang kini bertudung dan perubahannya itu mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya memberi komen positif dan memuji menampilan wanita tersebut yang semakin cantik selepas berhijab. – Agensi