Nets catat kemenangan di gelanggang lawan

LOS ANGELES, 22 FEB – James Harden menamatkan perlawanan dengan menjaringkan 37 mata dan 11 rebound ketika Brooklyn Nets memperbaiki keputusan 7-0 menentang pasukan divisyen Pasifik musim ini dengan kemenangan 112-108 ke atas Los Angeles Clippers, kelmarin.

Nets mencatatkan rekod sempurna 5-0 dalam perlawanan di gelanggang lawan dan melanjutkan rekod kemenangan kepada yang tertinggi pada musim ini dengan enam perlawanan.

Harden merekodkan double-double ke-77 dalam kariernya dan menambah tujuh assist di arena Staples Center di California Selatan.

“Kami hanya kekal tenang,” katanya. “Sepanjang perlawanan kami ingin membuat percubaan yang bagus setiap seorang daripada kami dan kami tampil sebagai pemenang.

“Kami merupakan sebuah pasukan yang sangat yakin dan akan terus berkembang.”

Kyrie Irving menjaringkan 28 mata dan lapan assist sementara Joe Harris, DeAndre Jordan dan Bruce Brown masing-masing menjaringkan 13 mata buat Nets.

Pemain Brooklyn, Kevin Durant terlepas empat perlawanan berturut-turut akibat kecederaan hamstring. – AFP

Aksi James Harden cuba membuat jaringan semasa perlawanan menentang Los Angeles Clippers, kelmarin.- AP