Neuer mungkin angkat kaki secara percuma

BERLIN, 15 APRIL – Chelsea dan Manchester City dilaporkan berminat untuk menandatangani ketua pasukan Jerman, Manuel Neuer, yang mana perbincangan penyambungan kontrak bersama BayernMunich telah tergendala, menurut sumber majalah Kicker.

Perjanjian semasa penjaga gol tersebut bakal berakhir pada Jun 2021, dan Neuer, 34, dikatakan berang dengan perincian perbincangan semula telah terdedah kepada media Jerman, menurut Kicker.

Akbar harian paling terkenal Bild melaporkan bahawa ejen kepada Neuer, Thomas Kroth telah meminta Bayern untuk gaji pelanggannya sebanyak 20 juta euro untuk satu musim.

Jika perbincangan ini gagal, ketua pasukan Neuer mungkin akan meninggalkan kelab secara percuma pada bulan Jun dan ini telah menarik minat beberapa buah kelab Liga Perdana Inggeris.

Ketua wartawan Kicker, Karlheinz Wild berkata ‘keinginan untuk menyambung semula perbincangan’ adalah lemah bagi kedua-dua belah pihak di antara Bayern dan Neuer.

Neuer mungkin akan meninggalkan kelab secara percuma pada bulan Jun dan ini telah menarik minat beberapa buah kelab Liga Perdana Inggeris tatkala perbincangan penyambungan kontrak bersama BayernMunich telah tergendala. – AFP

“Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu, malah berbulan-bulan, sebelum keputusan diambil. Keadaan setakat ini telah menjadi tegang.”

Menurut Bild, Neuer melaporkan mahukan sambungan kontrak sehingga 2025, tetapi Bayern hanya bersedia menawarkan kontrak sehingga 2023 – ketika dia menjejak usia 37 tahun – dengan pilihan sambungan setahun.

Kebocoran maklumat permintaan Neuer telah ‘menggoyangkan secara serius’ kepercayaan antara pemain dan kelab, menurut Kicker.

Neuer, yang membantu Jerman memenangi Piala Dunia 2014, telah dinobatkan sebagai penjaga gol tahunan sebanyak empat kali.

Dia telah mempunyai rekod tanpa bolos sebanyak 191 perlawanan dalam 373 penampilan untuk Bayern sejak menyertai kelab tersebut dari Schalke pada tahun 2011 dan membuat 92 penampilan bersama Jerman.

Walau bagaimanapun, dia merasa sakit hati dengan Bayern kerana menandatangani penjaga gol bawah 21 tahun Jerman, Alexander Nuebel untuk musim hadapan dari Schalke dengan menjanjikan sekurang-kurangnya 10 penampilan bagi setiap musim.

Nuebel, 23, telah menyatakan dengan jelas dia mahu menjadi penjaga gol nombor satu Bayern, tetapi Neuer tidak akan menyerahkan posisi tersebut. “Saya bukan pemain simpanan, saya seorang pemain utama, saya masih mahu bermain,” dia menegaskan.

Dengan perlawanan Bundesliga ketika ini telah digantungkan disebabkan oleh virus, Bayern baru-baru ini telah menyambung kontrak perjanjian pemain penyerang Thomas Muller dan ketua jurulatih, Hansi Flick yang kedua-duanya kekal sehingga 2023.- AFP