Neville bakal ucap selamat tinggal

LONDON, 23 APRIL – Phil Neville akan melepaskan tugasnya sebagai ketua jurulatih pasukan wanita England apabila kontraknya bakal tamat tahun hadapan, menurut laporan hari ini.

Perjanjian bekas pemain Manchester United dan England akan menyaksikan dia akan mengalas tugasan kempen kejuaraan Eropah pasukan England di tanah air tahun depan.

Walau bagaimanapun, perubahan kalendar bola sepak disebabkan oleh koronavirus bermakna kejohanan Euro wanita akan dipindahkan ke tahun 2022 oleh UEFA pada minggu ini.

Neville berkemungkinan besar tidak akan mengambil alih jawatan pasukan Great Britain di Sukan Olimpik tahun hadapan, dengan FA berminat untuk mendapatkan seorang pengganti yang berpengalaman dalam kejohanan sebelum Euro.

Selepas mengambil alih jawatan pada Januari 2018, Neville segera membuat impak besar dengan kemenangan berprofil tinggi England dalam Piala SheCanBelieves buat kali pertama dan mengasak pasukan Amerika Syarikat hingga akhir perlawanan sebelum tewas dalam pusingan separuh akhir Piala Dunia 2-1 pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun prestasi England mula menurun sejak itu, dengan tewas tujuh perlawanan dari 11 perlawanan dan membuatkan Neville tertanya-tanya sama ada dia sesuai untuk membawa pasukan tersebut ke hadapan. – AFP

Bekas pemain Man Uted, Phil Neville akan melepaskan tugasnya sebagai ketua jurulatih pasukan wanita England apabila kontraknya bakal tamat tahun 2021. – AP