Sunday, March 23, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neville risau pemain berdepan risiko

    LONDON, 29 APRIL – Gary Neville bimbang nasib pemain-pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berdepan dengan risiko jika bola sepak disegerakan untuk kembali dengan terlalu cepat selepas perintah berkurung berkuat kuasa di Britain.

    Ketua EPL menyasarkan untuk kembali beraksi pada bulan Jun dan beberapa buah kelab telah membuka semula pusat-pusat latihan mereka kepada pemain minggu ini dengan mereka berusaha dalam ‘Project Restart’.

    Liga utama England difahamkan menyasarkan untuk menjalankan operasi ujian COVID-19 yang besar untuk mengekalkan pemain-pemain selamat, dengan laporan menyebut 26,000 ujian telah disediakan untuk pemain dan kakitangan.

    Tetapi perubatan FIFA, Michel D’Hooghe berkata kelmarin bahawa bola sepak perlu tidak dilangsungkan sehingga bulan September dan bekas pemain Manchester United, Gary Neville bimbang bintang EPL akan berada dalam bahaya jika mereka disegerakan untuk kembali beraksi.

    “Pegawai perubatan FIFA berkata bola sepak sepatutnya tidak dilangsungkan sebelum bulan September. Saya fikir itu bukan keputusan yang berkenaan dengan ekonomi di mana tiada perlawanan bola sepak untuk berbulan-bulan,” Neville memberitahu Sky Sports Football Show hari ini.

    Gary Neville bimbang nasib pemain-pemain EPL bakal berdepan risiko jika bola sepak disegerakan untuk kembali dengan terlalu cepat demi ekonomi. – Agensi

    “Orang ramai sedang menilai risiko. Berapa orang perlu terkorban demi bermain bola sepak di EPL sebelum ia tidak dapat diterima? Satu? Seorang pemain? Seorang kakitangan dimasukkan ke wad rawatan rapi? Risiko apa yang kita perlu ambil? Perbincangannya adalah kerana ekonomi semata-mata. Neville menyuarakan kebimbangannya mengenai risiko pemain yang mempunyai masalah kesihatan.

    “Jika kesihatan diutamakan, hanya akan ada satu hasil pada masa ini. Berapa orang pemain yang mempunyai penyakit asma? Berapa orang pemain yang menghidapi kencing manis?

    “Sudahkah mereka menilai semua perkara ini dan adakah mereka sanggup membiarkan mereka berdepan dengan risiko?”

    Britain berada dalam perintah berkurung sehingga 7 Mei, tetapi kerajaan berkata mengenai potensi ‘kepulangan’ bola sepak jika virus berjaya dikawal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda