Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    New Delhi lapor kes pertama cacar monyet

    NEW DELHI, 24 JULAI – India hari ini melaporkan kes keempat membabitkan jangkitan cacar monyet, dan kes pertama direkodkan di New Delhi.

    Tiga kes pertama dikesan di selatan Kerala, pada 14, 18 dan 22 Julai.

    Pesakit yang menghidap wabak itu telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan dilaporkan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, lapor Xinhua.

    Menurut sumber hospital, pesakit mengalami demam dan kulit melecet dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    Tiga kes cacar monyet sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara-ne-gara berisiko sebelum disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.

    Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

    Lebih 16,000 kes cacar monyet telah dilaporkan dari 75 negara dan wilayah, dengan lima kematian setakat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...