New Delhi rancang uji simptom semua penduduk

NEW DELHI, 25 JUN – Pihak berkuasa India melancarkan kajian koronavirus besar-besaran dengan mengambil butiran kesihatan semua penduduk New Delhi berjumlah 29 juta, dan menguji simptom setiap seorang menjelang 6 Julai.

Rancangan baharu itu diumumkan kelmarin selepas bandar itu dilanda teruk oleh pandemik dengan 70,390 kes, melebihi bandar kewangan Mumbai.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,788 kes baharu disahkan di Delhi, berbanding dengan 1,118 di Mumbai. India hari ini merekodkan jumlah tertinggi sekitar 16,922, membawa jumlahnya kepada 473,105. – AP