Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    New Delhi wajibkan pemakaian semula pelitup muka

    NEW DELHI, 20 APRIL – New Delhi mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar raya itu.

    Langkah itu diputuskan selepas pihak berkuasa terdiri Gabenor Anil Baijal, Ketua Menteri Arvind Kejriwal dan beberapa pegawai kanan yang lain menilai situasi terkini.

    New Delhi yang didiami kira-kira 20 juta penduduk, sebelum ini telah melonggarkan kebanyakan sekatan COVID-19 namun, beberapa hari kebelakangan ini telah menyaksikan peningkatan kes.

    Kes baharu yang dilaporkan itu turut melibatkan kanak-kanak sekolah.

    “Selepas berunding dengan pakar didapati bahawa prosedur operasi standard untuk pencegahan dan pengurusan COVID-19 perlu ditetapkan di sekolah dan memastikan langkah keselamatan yang ketat dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah,” kata Baijal.

    New Delhi pada Rabu melaporkan 632 kes baharu dalam tempoh 24 jam manakala jumlah keseluruhan kes di India adalah sebanyak 2,067. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...