Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    New York hadkan jumlah pengunjung di Times Square

    WASHINGTON, 24 DIS – New York akan mengehadkan kehadiran pengunjung untuk sambutan Tahun Baharu di Times Square minggu depan, lapor Sputnik, memetik Datuk Bandar Bill de Balsio.

    “Sambutan di Times Square biasanya dihadiri 58,000 orang tetapi tahun ini ia akan dihadkan kepada 15,000 dan pengunjung tidak dibenarkan masuk sehingga 3 petang (waktu tempatan). Pengunjung perlu lengkap vaksinasi untuk hadir ke pesta itu,” kata De Blasio kelmarin.

    Langkah-langkah perlindungan tambahan juga akan dilaksanakan untuk memastikan sambutan itu dianjurkan dengan selamat.

    Selain memerlukan bukti “lengkap vaksinasi” berserta gambar terkini, pengunjung juga dikehendaki memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial.

    Pada masa yang sama, bandar New York dengan kerjasama Times Square Alliance akan terus memantau keadaan dan mungkin mengambil langkah tambahan jika perlu. – Bernama

    New York akan mengehadkan kehadiran pengunjung untuk sambutan Tahun Baharu di Times Square minggu hadapan yang kebiasaannya dikunjungi puluhan ribu orang. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda