Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

New York isytihar darurat cacar monyet

WASHINGTON, 31 JULAI – Pihak berkuasa di New York City pada Sabtu mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA).

Datuk Bandar New York City Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan Ashwin Vasan dalam satu kenyataan bersama berkata seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin sebaik sahaja ia tersedia kelak,” menurut kenyataan itu.

“Saya mengisytiharkan darurat untuk mengukuhkan langkah pencegahan menghadapi wabak cacar monyet,” ciap Gabenor New York Kathy Hochul di Twitter pada Jumaat. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -