Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    New York umum TBC sebagai cuti sekolah

    NEW YORK, 10 SEPT – Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang kelmarin untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina (TBC) sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu, lapor Xinhua.

    Perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti TBC bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu.

    “Dengan menetapkan TBC sebagai cuti sekolah rasmi, kami mengambil langkah penting dalam mengiktiraf kepentingan komuniti AAPI New York dan kepelbagaian yang kaya yang menjadikan New York begitu hebat,” menurut Hochul dalam satu kenyataan, merujuk kepada komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

    “Ia bukan hanya hari cuti sekolah, ia adalah peluang untuk anak-anak kita belajar dan meraikan budaya dan tradisi mereka sendiri atau yang berbeza,” tambahnya.

    Pada 2015, Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan TBC sebagai cuti sekolah umum rasmi di New York City.

    Awal tahun ini, Dewan Senat negeri meluluskan langkah yang membolehkan pelajar di kampus universiti menyambut TBC tanpa dikenakan penalti.

    TBC seterusnya akan jatuh pada 10 Februari 2024. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...