Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    New Zealand: Bank pusat naikkan kadar tunai 2.5 peratus

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 13 JULAI – Bank pusat New Zealand hari ini menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak setengah mata peratusan kepada 2.5 peratus kerana ia cuba mengekang inflasi.

    Ia adalah kali ketiga dalam tahun ini Bank Rizab New Zealand menaikkan kadar tunai sebanyak 50 mata asas, berikutan dengan peningkatan pada April dan Mei. Selain itu terdapat juga peningkatan suku peratusan pada Februari lalu.

    Bank itu meramalkan kadar tersebut akan memuncak pada 4 peratus akhir tahun depan.

    Dalam satu kenyataan berkata ia tetap bersesuaian untuk terus mengetatkan keadaan kewangan pada kadar untuk mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pekerjaan mampan dengan maksimum.

    Inflasi di New Zealand sekarang berada pada 6.9 peratus dan kadar pengangguran berada pada 3.2 peratus.

    Bank telah memanipulasi kadar faedah dalam usaha mengekang inflasi kepada jalur sasaran antara 1 dan 3 peratus.

    Seterusnya, bank akan mempertimbangkan dalam menaikkan kadar tunai semasa mesyuaratnya pada 17 Ogos nanti. – AP

    Mahkamah Moscow mendenda Apple 2 juta ruble kerana enggan menyimpan maklumat pengguna pada server Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...