New Zealand jejaki punca wabak baharu

WELLINGTON, 13 OGOS – New Zealand bergegas untuk menjejaki sumber gelombang baharu koronavirus secara mendadak hari ini tatkala jumlah kes di bandar terbesarnya meningkat kepada 17 dan pegawai mengingatkan lebih banyak jangkitan tidak dapat dielakkan.

Ketua kesihatan negara Ashley Bloomfield berkata terdapat 13 kes baharu disahkan di Auckland, kesemuanya dikaitkan dengan empat ahli keluarga yang ditemui pada Selasa, menamatkan 102 hari tanpa jangkitan komuniti di negara itu. Peningkatan dalam kes baharu menambah prospek sekatan tiga hari yang dikenakan di Auckland sejak tengah hari semalam akan dilanjutkan tatkala pekerja kesihatan mengesan asal-usul kluster dan menambah ujian di bandar tersebut.

Bloomfeld berkata antara kes baharu adalah seorang pelajar di salah sebuah sekolah tinggi terbesar New Zealand, dihadiri oleh lebih 3,000 kanak-kanak.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata mungkin terdapat lebih banyak kes yang dikaitkan dengan peningkatan terbaharu ini. “Sama dengan wabak pertama, keadaan akan bertambah buruk sebelum mereka menjadi lebih baik,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Ardern berkata kesemua kes setakat ini adalah kluster tunggal yang terbatas di Auckland. – AFP

Kereta berbaris di pusat ujian COVID-19 di Auckland, New Zealand kelmarin. Pihak berkuasa New Zealand bergegas menjejaki sumber wabak koronavirus baharu tatkala bandar terbesar negara itu dikenakan sekatan semula. – AP