New Zealand lanjutkan perintah berkurung

WELLINGTON, 24 OGOS – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini melanjutkan perintah berkurung di bandar terbesar di New Zealand, dengan mengatakan lebih banyak masa diperlukan untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat dikawal.

Ardern mengatakan perintah duduk rumah di seluruh Auckland sehingga sekurang-kurangnya Ahad ini, dan membatalkan melonggarkan sekatan yang sepatutnya dibuat pada Rabu seperti rancangan awal.

“Empat hari tambahan ini perlu untuk membolehkan kita mengawal jangkitan di Auckland, dan yakin jumlah kes jangkitan akan terus turun,” katanya. – AFP