New Zealand lapor kes kematian kedua

WELLINGTON, 10 APRIL – New Zealand melaporkan kes kematian kedua akibat COVID-19, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada hari ini.

Menurut agensi berita Xinhua, New Zealand mencatatkan 23 kes jangkitan baharu dan 21 kes disyaki COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 1,283.

Seramai 373 pesakit lagi pulih dan lebih 46,000 ujian saringan kesihatan dilakukan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada sidang akhbar. New Zealand mengenakan ‘lockdown’ selama empat minggu, bermula 25 Mac. Bloomfield berkata kabinet akan memutuskan langkah seterusnya dua hari sebelum tempoh ‘lockdown’ berakhir. – Bernama