New Zealand tambah sumbangan bagi perubahan iklim

WELLINGTON, 18 OKT – Kerajaan New Zealand menambah peruntukan sebanyak empat kali ganda untuk membantu negara paling rentan menangani kesan perubahan iklim, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Isnin.

New Zealand akan menyediakan NZ$1.3 juta  (AS$921 juta) selama empat tahun untuk membantu negara paling rentan yang terkesan akibat perubahan iklim, katanya menjelang persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow, lapor Xinhua.

Pelaburan itu antara lain bertujuan menyokong projek tenaga bersih di negara membangun, memastikan bangunan mampu menahan ribut dan membantu sektor pertanian mengatasi masalah kemarau, banjir dan haiwan perosak selian melindungi rakyat daripada kenaikan paras air laut.

Menteri Perubahan Iklim James Shaw mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada komitmen pembiayaan iklim untuk tempoh 2022 hingga 2025, akan disalurkan bagi membantu negara jiran yang mengalami masalah kenaikan paras air laut dan cuaca yang ekstrem.

“Amaran mengenai kesan perubahan iklim oleh saintis sedang berlaku sekarang di negara-negara berkenaan,” kata Shaw. – Bernama