Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

New Zealand ‘tersingkir’ dari Piala Thomas akibat COVID

KUALA LUMPUR, 4 MEI – New Zealand terpaksa menarik diri daripada menyertai Piala Thomas selepas beberapa pemain mereka dijangkiti COVID, hanya tinggal empat hari sebelum pertandingan bermula di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Menurut Badminton New Zealand, mereka memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan berpasukan lelaki berprestij dunia itu selepas beberapa pemainnya diuji positif COVID semasa Kejohanan Oceania baru-baru ini dari 28 April hingga 1 Mei di Melbourne, Australia.

“Semasa kejohanan dan pada hari-hari berikutnya selepas acara itu, beberapa pemain diuji positif. Ini telah menyebabkan pasukan semakin kekurangan pemain, dengan kemungkinan kes positif tambahan dikesan semasa tiba di Thailand,” menurut kenyataan yang mereka keluarkan di laman Facebook.

New Zealand diundi dalam Kumpulan D dengan juara 2014 Jepun, England dan Malaysia. Memandangkan Jepun adalah antara pasukan pilihan dalam kejohanan itu, Malaysia kini perlu menang menentang England untuk memastikan tiket ke suku akhir. Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati. – Bernama

Pasukan New Zealand terpaksa mengundurkan diri dari saingan Piala Thomas 2022 akibat COVID. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -