Newcastle bakal dapat pemilik baharu

LONDON, 15 APRIL – Potensi pengambilalihan pasukan Liga Perdana Inggeris oleh syarikat yang disokong oleh Arab Saudi nampak semakin dekat kelmarin selepas dokumen undang-undang telah dihadapkan kepada pegawai selia syarikat-syarikat di UK.

Tetapi beberapa cadangan untuk pengambilalihan untuk membeli kelab dari Mike Ashley telah gagal semasa ahli perniagaan Britain menjadi pemilik kontroversi selama 13 tahun kelab berpangkalan di Timur Laut itu.

Ini termasuk cadangan pada tahun 2017 yang dibuat oleh syarikat milik Amanda Staveley, PCP Capital Partners, syarikat yang turut terlibat dalam kemungkinan pembelian terbaharu.

Dokumen yang telah difailkan ke atas syarikat itu minggu lalu telah dibuat kelmarin, dengan dokumen yang menyediakan rangka kerja bagi perbincangan antara PCP dan Ashley.

Pada bulan Januari, Ashley dilaporkan dalam perbincangan untuk menjual Newcastle dengan harga £340 juta, dengan Yayasan Pelaburan Awam Arab Saudi bersedia untuk membuat pembelian. Wall Street Journal memberitahu kumpulan dari Arab Saudi, yang diketuai oleh Staveley dan dibiayai oleh putera mahkota, Putera Mohammed bin Salman yang mempunyai kekayaan dari sumber minyak negara, telah dalam perbincangan dengan Ashley kira-kira empat bulan yang lalu.

Ia tidak menyebutkan sebarang penyertaan Saudi dalam dokumen terkini syarikat itu, tetapi penglibatan adik-beradik Reuben yang merupakan bilionair Britain, David dan Simon, ada dicatatkan.

Selepas kegagalan Staveley dalam pengambilalihan yang terdahulu yang tular tiga tahun yang lalu, Ashley menegaskan semua perbincangan pada masa hadapan akan dilakukan secara rahsia. Pembelian Arab Saudi ke atas Newcastle akan menjadi perubahan besar dalam penglibatan negara dalam sukan yang semakin meningkat yang sebelum ini telah mengadakan pertarungan heavyweight di antara Anthony Joshua dan Andy Ruiz dan mengumumkan rancangan untuk trek perlumbaan Formula Satu yang baharu di mana akan menjadi tuan rumah bagi Grand Pix 2023.

Tetapi pengkritik menuduh Arab Saudi melakukan ‘sport washing’, mengatakan kerajaan telah menggunakan sukan sebagai cara untuk mengalihkan perhatian dari rekod hak asasi manusia. – AFP

Potensi pengambilalihan pasukan Newcastle United oleh PCP Capital Partners yang disokong oleh Arab Saudi nampak semakin dekat selepas dokumen undang-undang telah dihadapkan kepada pegawai selia syarikat-syarikat di UK. – Agensi