Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Newcastle, Forest dan Bournemouth tersingkir

    LONDON, 8 JAN – Pasukan atas Liga Perdana Inggeris, Newcastle mengalami kejutan apabila tersingkir dari Piala FA ketika menentang pasukan divisyen tiga, Sheffield Wednesday, manakala Nottingham Forest dan Bournemouth turut tersingkir oleh pasukan liga bawahan pada hari Sabtu.

    Dalam perlawanan lain pada hari yang sama dalam aksi pusingan ketiga, Harry Kane semakin hampir menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa Tottenham apabila berjaya mencetak gol 1-0 dalam perlawanan menentang Portsmouth.

    Ryan Reynolds dan Rob McElhenney, pelakon Hollywoord yang juga memiliki Wrexham, meraikan di media sosial selepas kemenangan mengejut 4-3 di divisyen dua Coventry.

    Akan tetapi pasukan Wednesday yang berjaya mencuri tumpuan setelah menang 2-1 menentang Newcastle, yang menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana, di Hillsborough.

    Skuad bimbingan Eddie Howe mencatatkan rekod tanpa tewas dalam 15 perlawanan sebelum ini dalam semua perlawanan, tetapi Wednesday, pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Liga Satu buat masa sekarang, mencatat rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan berturut-turut selepas dua jaringan gol oleh Josh Windass yang mengejutkan Magpies.

    Wednesday mendahului dalam minit ke-52 apabila, Windass, dalam kedudukan yang kelihatan ofsaid, membuat rembatan lencung melepasi Dennis Adeniran menerusi jarak dekat.

    Windass mencetak gol kedua 13 minit kemudian, selepas gagal ditepis oleh Michael Smith.

    Newcastle membalas serangan pada minit ke-68 apabila Bruno Guimaraes membolosi gol tuan rumah dari jarak dekat, akan tetapi Chris Wood mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila menjaringkan gol kemenangan ketiga buat Sheffield.

    Pada hari mengejutkan yang menunjukkan Piala FA masih boleh memberikan aksi mendebarkan walaupun statusnya sudah berkurangan, Liga Kebangsaan Wrexham mencatat salah satu keputusan yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah terbaharu pertandingan. – AP

    Josh Windass dari Sheffield Wednesday menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan itu, semasa perlawanan bola sepak pusingan ketiga Piala FA Inggeris antara Sheffield Wednesday dan Newcastle United di Stadium Hillsborough, di Sheffield, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...