Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Newcastle ke final Piala Liga

    LONDON, 1 FEB – Setelah berusaha selama berdekad-dekad, Newcastle akhirnya mara ke pusingan akhir Piala Liga buat kali pertama dalam tempoh 47 tahun, membuktikan kelab yang dibiayai Arab Saudi itu sebagai ancaman serius kepada pasukan bola sepak Inggeris yang lain.

    Dua gol hasil Sean Longstaff memastikan kemenangan 2-1 menentang Southampton pada perlawanan separuh akhir kedua semalam di St James’ Park, menjulang The Magpies ke final domestik pertama mereka abad ini selepas kemenangan agregat 3-1.

    Manchester United berkemungkinan akan menjadi lawan mereka pada perlawanan akhir di Wembley pada 26 Februari, setelah mendahului 3-0 ke atas Nottingham Forest menjelang perlawanan kedua di Old Trafford.

    Dibimbing oleh Eddie Howe dan dana kewangan yang disokong oleh pemilik dari Arab Saudi, sebuah kelab yang pernah dianggap sebagai bahan ketawa Liga Perdana akhirnya boleh mengangkat kepala mereka dengan bangga.

    Newcastle menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana dan kelihatan berada di puncak era keemasan sebagai pesaing trofi bersiri.

    Reaksi Sean Longstaff meraikan gol kedua semasa perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga menentang Southampton di St. James’s Park, baru-baru ini. – AP

    “Ia menakjubkan. Jika awda memberitahu sesiapa 12 bulan lalu apa yang akan berlaku, mereka pasti akan ketawa,” kata Longstaff, peminat Newcastle zaman kanak-kanak.

    Final domestik mereka sebelum ini berakhir dengan kekalahan menentang Manchester United dalam Piala FA 1999.

    Newcastle tidak pernah memenangi trofi domestik utama sejak Piala FA 1955, manakala trofi utama terakhir mereka dalam mana-mana pertandingan adalah pada Piala Inter-Cities Fairs 1969.

    Hanya enam tahun yang lalu, masa depan Newcastle kelihatan suram walaupun mereka dipromosikan dari divisyen dua, yang disambut dingin oleh peminat yang bosan dengan perjuangan mereka semasa di bawah pengurusan pemilik Mike Ashley.

    Reputasi Ashley begitu tercalar sehingga kebimbangan berkaitan rekod hak asasi manusia Arab Saudi tidak dapat mematahkan semangat peminat untuk penukaran pemilik kelab dengan nilai £305 juta pada Oktober 2021.

    Dana Pelaburan Awam Saudi memegang 80 peratus saham dalam kelab itu, manakala pembiaya Amanda Staveley muncul sebagai muka awam kumpulan pemilikan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...